Kompilasi Muzakarah 2016 by Pena Minang on Scribd
Monday, 3 September 2018
KOMPILASI PANDANGAN HUKUM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
ISLAM DAN MAKNYAH
Manual Islam Dan Mak Nyah by Pena Minang on Scribd
Saturday, 1 September 2018
Friday, 31 August 2018
KOMPILASI HADIS-HADIS SAHIH BERKAITAN PERLAKUAN LGBT
Saturday, 10 October 2015
Saturday, 25 April 2015
Friday, 24 April 2015
Tuesday, 3 March 2015
Friday, 6 February 2015
KEPIMPINAN MOTIVASI DAN PRESTASI. MODEL GURU DAN TENTERA
Kejayaan sesebuah organisasi biasanya adalah bergantung kepada pemimpinnya. Manakala kepimpinan seseorang pemimpin pula bergantung kepada tingklah laku kepimpinan yang diamalkan ataupun yang ada pada seseorang pemimpin. Namun tingkah laku sahaja belum dapat dijadikan jaminan bagi menentukan kejayaan seseorang pemimpin ataupun kepimpinannya. Ini disebabkan oleh banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi corak dan gaya kepimpinan seseorang itu seperti persekitaran dan juga staf bawahan yang dipimpinnya.
Menurut Manning dan Curtis (2009) kajian yang dilakukan oleh Kurt Lewin dan et al. berkaitan tingkah laku kepimpinan pada tahun 1939 tingkah laku kepimpinan merupakan perawakan, tabiat atau kelakuan dan juga gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik, dan laisez-faire. Kajian ini memberi fokus kepada impak tingkah laku ketua terhadap pencapaian pengikutnya atau orang bawahannya. Pada tahun 1940an pula kajian terhadap kepimpinan ini banyak mengarah daripada trait kepimpinan kepada tingkah laku kepimpinan di mana ianya memfokuskan kepada dua dimensi iaitu initiating structure untuk melihat hubungan di antara ketua dan staf bawahan manakala showing consideration lebih menekankan kepada tindakan untuk membina kepercayaan, penghormatan, sokongan dan kemesraan daripada staf bawahannya. Seseorang pemimpin yang mencapai skor tinggi dalam initiating structure akan dapat mengetahui gaya komunikasi serta cara bagaimana sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala jika pemimpin dapat skor tinggi dalam showing consideration pula menunjukkan beliau dapat bergaul dan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam organisasi yang dipimpinnya.
Selain dari gaya kepimpinan, tingkah laku pemimpin juga dilihat dari trait yang ada pada seseorang pemimpin. Trait ini merupakan elemen penting bagi menentukan sama ada seseorang pemimipin tersebut mendapat penghormatan atau kepercayaan dari pengikutnya. Ini adalah kerana kebanyakan staf bawahan bukan sahaja melihat bagaimana seseorang ketua itu membangunkan dan memimpin organisasinya tetapi juga sahsian atau budi pekerti seseorang ketua seperti bagaimana dia bergaul dan berhubungan dengan staf bawahannya. Nilai-nilai seperti kejujuran, bertimbang rasa, bertanggungjawab, cemerlang, dan komited serta ketekunan menjadi tunjang kepada kejayaan seseorang pemimpin dalam meneraju organisasi yang dipimpin.
Tingkah laku penyayang yang ada pada seseorang pemimpin juga akan memberi impak yang positif kepada dirinya dan juga organisasi yang dipimpinnya di mana pemimpin yang bersifat penyayang akan memberi fokus kepada kebajikan pelanggan, staf bawahan, rakan kongsi dan masyarakat. Sebagai contoh, sifat penyayang akan melahirkan suasana kerja yang aman dan harmoni dan tidak secara lansung akan dapat membantu staf bawahan untuk mencapai objektif organisasi dan juga pencapaian peribadi. Jika staf berasa mereka dihormati dan dihargai mereka juga akan berusaha dan memberi komitmen yang tinggi terhadapat tugas dan tanggungjawab mereka. Oleh itu, tingkah laku kepimpinan memain peranan penting terhadapat kejayaan sesebuah organisasi seperti yang dikatakan oleh Bruce (2005) dalam bukunya Bagaimana memotivasikan setiap pekerja;
“Apabila anda memandang pembangunan peribadi sebagai penggerak, anda mengubah cara pekerja memandang kerja mereka, anda membantu mereka menjadi lebih berupaya dan anda memberi mereka tujuan bermakna untuk datang kerja”
Di samping tingkah laku kepimpinan motivasi merupakan satu elemen penting yang harus ada dalam kepimpinan seseorang pemimpin. Menurut Collegiate Project services (2008) kepimpinan yang efektif seharusnya bertekad untuk mewujudkan motivasi extrinsic dan intrinsic. Staf bawahan akan merasa dimotivasi apabila keperluan asas diberi perhatian dan kehendak primary tercapai seperti diberi penghargaan atau tidak dikenakan hukuman atau denda jika melakukan kesilapan kecil.
Sunday, 28 September 2014
[JURNAL] HADITH MASYHUR DALAM MASYARAKAT MELAYU : TAKHRIJ DAN ANALISIS
Artikel berkaitan :
http://www.penaminang.com/2014/09/senarai-ulama-yang-mengkritik-ihya.html#axzz3EfNAZzmJ
http://www.penaminang.com/2014/09/hadis-palsu-dalam-masyarakat-melayu.html#axzz3EfNAZzmJ
http://www.penaminang.com/2014/09/senarai-ulama-yang-mengkritik-ihya.html#axzz3EfNAZzmJ
http://www.penaminang.com/2014/09/hadis-palsu-dalam-masyarakat-melayu.html#axzz3EfNAZzmJ
Thursday, 11 September 2014
Wednesday, 27 August 2014
Tuesday, 12 August 2014
SUARA KITA - ANTOLOGI SERIBU SAJAK MERDEKA
Wednesday, 30 July 2014
SULATUS SALATIN - SEJARAH MELAYU
Sunday, 13 July 2014
Wednesday, 30 April 2014
THE PRICE OF INEQUALITY
Friday, 29 November 2013
BILAKAH MUNCULNYA FIRQAH SYIAH AR-RAFIDHAH PDF
Saturday, 21 September 2013
Tuesday, 3 September 2013
SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL PDF
Friday, 30 August 2013
MELAYU MUDAH LUPA PDF
Labels:
BAHASA MELAYU,
KERAJAAN,
POLITIK,
SEJARAH,
TOKOH
Subscribe to:
Posts (Atom)

















